Brennen bersama kawan-kawan diatas pentas...

Selepas 2 tahun mengikuti pengajian di Tadika St Patrick Tawau, Brennen akhirnya menamatkan zaman tadikanya dengan Majlis Graduation Day yang telah diadakan di Rumah Doa, St Patrick Church Tawau. Majlis yang bermula pada jam 2:00 petang ini dimulakan dengan doa, ucapan perasmian, penyampaian hadiah kepada pelajar yang mendapat tempat pertama, ke-2 dan ke-3 dalam kelas masing-masing dan seterusnya persembahan dari setiap kelas yang telah tamat pengajian.

Kami tiba lebih kurang jam 1:30 petang jadi kena tunggu sekejap sebelum pintu dewan dibuka...


Berehat sambil menunggu pintu dewan dibuka...


Cikgu Norcahaya bersama suami dan anak, Helmi turut meraikan majlis graduation day ini...


Brennen bersama rakan sekelas, Nurfarah Nazirah

Bahagian persembahan kelas memang best... Kebanyakkan tema adalah berdasarkan kepada kartun Walt Disney sambil setiap kelas menari mengikut gerak tari yang telahpun dilatih sejak bulan Mac yang lepas... Kiut pula budak-budak ni menari...


Persembahan dari Kelas Hibiscus


Persembahan dari Kelas Morning Glory


Persembahan dari Kelas Tulip




Pandai pula si Brennen ni menari... Hehehe...


Persembahan dari Kelas Sun Flower


Baris ikut kelas masing-masing ya...


Barisan pentadbir dan guru bersama pelajar tahun 2 yang telah menamatkan pengajian...


Suasana majlis semasa di penghujung....


Brennen bersama Mrs Pang, guru Kelas Rose (masa di Tadika 1)..


Bradley pun tidak sabar mau pergi sekolah ka?

CATATAN: Memang happy tengok budak-budak gembira... Macam habis SPM pula...