Tukar Muffler - 28/07/2011
Posted by pahaikan on Friday, July 29, 2011 Under: Kereta
Gambar hiasan saja ni....
Bunyi macam motorboat.... Hah.. Sah ada masalah dengan sistem ekzos... Iyalah kann... Manalah selesa kalau bunyi terlalu kuat... Lagipun kebanyakan asap tidak keluar dibahagian hujung ekzos (muffler).
Selepas 6 tahun menggunakan muffler straight flow jenis F1 Racing, mungkin sudah tiba masa untuk beralih arah. Apa pun, mesti mau tukar sebab bunyi memang tiada kompromi... Jadi bergeraklah saya ke UNIQUE EXHAUST & RADIATOR SERVICE di Batu 3, Tawau. Memang sini saja tempat saya bikin ekzos selama berada di Tawau. Senang cari bengkel ni, betul-betul depan simpang masuk ke Cowie Bay Restaurant (089-913888) atau Tawau Lama (Dari Batu 3).
UNIQUE EXHAUST & RADIATOR SERVICE
Sampai saja, terus cari taukehnya, ada gelaran dia ni tapi tidak boleh kongsi di sini... Pas tu pilihlah mana-mana ekzos yang dia ada dan runding harga... Harga kira bolehlah... Campur semua kos, RM340.00. Ekzos jenis s-flow. Potong sana, potong sini pas tu pasang eksos baru. Yang sedihnya, silencer tengah pun hancur sekali. Terpaksa buka dan sambung dengan paip stainless steel.
Tabung tengah (Silencer) pun hancur... Bahagian dalam sudah reput...
Tabung tengah dipotong keluar...
Tabung tengah original WIRA SE, jenama LIFELONG dari Taiwan (keluli disalut aluminium)
Selepas dipotong...
Muffler F1 Racing yang terpaksa bersara...
Pemasangan muffler s-flow yang baru...
Apa pun, semuanya memuaskan....
Terlanjur cerita pasal ekzos ni, saya kongsikan sedikit maklumat yang saya tahu tentang ekzos di sini.. Kalau korang mau baca.. bagus jugalah... Sekadar tambah pengetahuan.
Kereta secara asasnya terdiri daripada beberapa sistem utama, iaitu:
- Sistem bahan api
- Sistem ekzos
- Sistem pelinciran
- Sistem penyalaan
- Sistem transmisi
- Sistem elektrik
- Sistem penyejukan
- Sistem kemasukan udara
- Sistem kerangka dan suspensi
Fokus kita di sini ialah Sistem Ekzos yang berfungsi bagi menyingkirkan gas-gas ekzos hasil pembakaran bahan api daripada enjin. Sistem ini bermula daripada cylinder head ke ekstraktor (exhaust manifold) ke catalytic converter dan ke muffler.
Sistem ekzos dari exhaust manifold ke muffler
Menurut maklumat yang ada, penukaran sistem ekzos dengan pengiraan yang betul mampu untuk meningkatkan kuasa kuda (horsepower) kereta. Secara ringkasnya, panjang ekzos adalah berkadar songsang dgn RPM. Ekzos yang panjang bagus untuk RPM rendah, manakala ekzos pendek bagus untuk RPM tinggi.
Untuk mana-mana sistem ekzos, pasti wujud back pressure iaitu suatu keadaan dimana tekanan udara diluar ekzos lebih tinggi daripada tekanan gas dalam ekzos.
Tekanan gas dalam ekzos boleh dikawal menggunakan ekstraktor (exhaust manifold) yang sesuai. Contohnya:
- Ekstraktor 4-1 - Laluan gas ekzos dari 4 manifold terus keluar ke ekzos. Pada RPM rendah, macam tiada power sebab tekanan gas dalam ekzos tidak tinggi (Gas agak sukar untuk keluar), tapi pada RPM tinggi, memang power sebab tekanan gas dalam ekzos lebih besar dari back pressure dan gas ekzos keluar tanpa ada halangan.
- Ekstraktor 4-2-1 - Laluan gas ekzos yang keluar dari 4 manifold, dikumpul masuk ke dalam 2 tabung
kecil yang bertujuan untuk meningkatkan tekanan gas dalam ekzos yang keluar sebelum
ditumpukan keluar ke muffler. Pada RPM rendah, tekanan gas dalam ekzos sememangnya
lebih tinggi dari back pressure membuatkan kereta lebih power pada takat RPM
tesebut. Tapi, semakin RPM meningkat, tiada peningkatan dalam kuasa (mendatar) kerana banyak gas terkumpul dan laluan gas ekzos terhalang.
Ekstraktor jenis 4-2-1
Tapi masih ada penyelesaiannya: Pilih muffler yang sesuai sebab muffler standard yang pada kereta standard biasanya terpaksa mematuhi beberapa peraturan dan terikat kepada kos pembuatan kereta tersebut.
Macam mana nak pilih muffler yang sesuai untuk kereta anda?
Muffler adalah satu alat yang digunakan untuk mengurangkan bunyi ekzos kereta. Ia biasanya diletakkan pada bahagian hujung paip ekzos di belakang kereta.
Muffler biasanya terdiri daripada logam tahan karat yang dibalut dengan penebat bunyi - Biasanya menggunakan fibreglass...
Secara amnya terdapat 2 jenis muffler yang digunakan pada kereta iaitu Muffler S-Flow dan Muffler Straight Flow. Tetapi jenis muffler yang digunakan pada kereta biasa yang baru adalah jenis s-flow, sebabnya muffler jenis ini sesuai untuk penggunaan harian bagi pengguna biasa.
Pilih muffler mengikut kesesuaian anda. Apakah kelebihan dan kekurangan kedua-dua jenis muffler ini?
S-Flow Muffler
Rekabentuk Muffler Jenis S-Flow (Laluan inlet dan outlet tidak sama)
Kelebihan:
- Senyap
- Kuasa kereta berada di rpm rendah dan tengah
- Menghalang pergerakan angin yang lancar kerana pergerakan angin yang berpusing (bentuk "S") dalam muffler
- Menghasilkan back pressure yang tinggi
- Kurang kuasa di RPM tinggi
Arah pergerakan gas dalam muffler jenis s-flow
Straight Flow Muffler (juga dikenali dengan Direct Flow)
Muffler jenis Straight Flow dengan tip silencer (silencer hujung)
Kebaikan:
- Aliran angin yang lebih baik kerana angin hanya melalui muffler tanpa berpusing (Kurang back pressure)
- Kuasa berada di RPM tinggi
- Enjin yang lebih responsif dan lebih pick-up
Keburukan:
- Bising berbanding S-Flow
- Menaikkan penggunaan minyak (fuel consumption)
- Kurang kuasa di RPM rendah
Tetapi kelemahan Straight Flow Muffler boleh diatasi dengan menggunakan silencer.
Ada dua jenis silencer. Satu jenis yang diletakkan di tengah ekzos (tabung tengah) dan satu lagi yang dipasang pada hujung muffler (muffler tip) yang diikat menggunakan skru dan boleh dibuka pada bila-bila masa.
Silencer jenis kedua, sememangnya akan mengurangkan bunyi bising dan menambahkan kuasa pada RPM rendah tetapi anda terpaksa mengorbankan sedikit kuasa pada RPM tinggi. (Tapi tidak apa... Masa hari kerja pasang silencer... Hujung minggu masa berpoya-poya boleh buka...)
Tips Untuk Di Ingat:
Back pressure > Tekanan gas dalam ekzos - Sesuai utk high power engine.
Back pressure < Tekanan gas dalam ekzos - Sesuai utk kegunaan harian.
Ada satu lagi jenis muffler yang dipanggil TWINLOOP tetapi tiada maklumat lanjut tentang muffler jeins ini. Biasanya HIGH PERFORMANCE CAR menggunakan muffler jenis ini.
Muffler jenis TWINLOOP
Keputusan ujian Muffler jenis TWINLOOP
CATATAN: Puas hati hilang bunyi dan kurang geseran dibawah kereta masa melalui bonggol jalanraya....
In : Kereta
Tags: "eksos" "exhaust"
blog comments powered by Disqus