Muslihadir dan Nik Hasbularif mengamati ATV yang pertama kali muncul di Teknik Tawau. ATV ini adalah kepunyaan Encik Kasim Ambosaka (Ke-3 dari kiri), yang dibawa khas untuk dibaikpulih. Kenderaan yang dikelaskan sebagai traktor ini memestikan pemandunya untuk mempunyai lesen memandu kelas F. Perlu didaftarkan dan diinsurankan sepenuhnya, kenderaan ini boleh dipandu di atas jalanraya sekiranya anda mahu.
Tayar yang digunakan oleh ATV ini adalah tayar kereta biasa. Tayar sebenar untuk ATV ini mempunyai dua saiz berlainan untuk hadapan dan belakang. Tayar dibahagian hadapan sekali ganda lebih kecil daripada yang belakang dan berharga lebih kurang RM400 sebiji. Kalau yang di belakang lagi la... Apa pun diharapkan agar ATV ini cepat dibaikpulih dan kita semua mungkin akan melihat kenderaan ini berlegar-legar di Teknik Tawau dengan wajah yang baru...
CATATAN: Mahal juga tayar benda ni....