Kertas Kimia SPM 2009 telah selamat dijawab dengan bergaya oleh semua calon kertas Kimia SPM Teknik Tawau seramai 196 orang. Yang dinanti kini hanyalah keputusan yang bakal keluar beberapa bulan lagi. Segala usaha dan tenaga yang telah dikerah selama ini akan diterjemahkan kepada suatu angka iaitu gred purata.

Apapun keputusannya... Kita telah pun berusaha dan walaupun keputusannya tidak memuaskan namun ia pasti akan meninggalkan suatu kenangan lagi dalam lembaran hidup setiap orang yang telah menjalani kehidupan sebagai pelajar dan guru Kimia 2009 di SM Teknik Tawau.

Sebelum ini iaitu pada tanggal 14/11/2009, saya telah pun memuatkan TIP KIMIA SPM 2009 di bahagian Forum Kimia sebagai panduan kepada semua pelajar Teknik Tawau dan sesiapa sahaja yang mungkin melayari Pahaikan.com. Dan setelah menemubual pelajar pada hari peperiksaan, suatu analisis telahpun dikeluarkan untuk Tip Kimia tersebut. Kepada yang berminat untuk mengetahui analisis tersebut sila klik sini: ANALISIS TIP KIMIA SPM 2009.

Walaupun tip kimia tersebut tidak mencapai suatu peratusan yang baik iaitu 60% untuk Kertas 2 dan 67% bagi Kertas 3, namun ianya sudah cukup untuk para pelajar mencapai keputusan KEPUJIAN dalam matapelajaran Kimia SPM 2009. Saya akan terus berusaha untuk membantu para pelajar untuk memberikan tip terbaik yang sekurang-kurangnya lebih daripada 70% pada masa yang akan datang. Sekian.

CATATAN: Semoga sasaran lulus 100% dengan gred purata 6.50 tercapai dengan cemerlang.