Antara pelajar yang mengecat lantai dalam aktiviti gotong royong ini... Aktiviti gotong royong untuk menceriakan kelas ini tercetus apabila kebanyakan kelas tidak dapat mencapai markah yang baik dalam Pertandingan Keceriaan Kelas setiap minggu. Pengetua SM Teknik Tawau, Encik Johan Okasa sendiri yang mencadangkan agar aktiviti ini diadakan.
Pihak sekolah membekalkan setin cat (kesemuanya warna biru) untuk setiap kelas bagi mengecat lantai. Namun ada kelas yang turut mengecat dinding kelas mereka... Mungkin itu terpulang kepada kreativiti masing-masing.
Antara guru-guru kelas yang memantau pergerakan aktiviti gotong royong dalam kelas masing-masing.. Walau bagaimanapun, ada kelas yang mengadu bahawa cat tersebut tidak cukup memandangkan, jumlah luas permukaan yang hendak dicat agak besar. Mungkin pada masa ini, ada kelas yang tidak lengkap dicat tetapi pemantauan selepas aktiviti ini masih belum dibuat.
Ada juga yang menyapu dan mencuci kelas mereka... Apapun, aktiviti ini telah mencapai beberapa objektifnya. Diantara objektif tersebut ialah meningkatkan keceriaan kelas dan memperbaiki item-item yang dinilai dalam Pertandingan Kecerian Kelas.
Pelajar-pelajar nampak seronok melakukan aktiviti ini...
CATATAN: Mungkin aktiviti seperti ini boleh dilakukan dalam dua bulan sekali untuk menggalakkan kerjasama antara pelajar dalam kelas masing-masing...