Akhirnya Kertas Kimia SPM 2010 selesai...
Posted by pahaikan on Monday, December 6, 2010 Under: Chemistry Subject
Kertas Kimia 4541/1, 4541/2 dan 4541/3 yang penuh mendebarkan jiwa...
Akhirnya, saya menutup tirai akademik 2010 dengan berakhirnya kertas Kimia SPM 2010 pada 3:30 petang tadi... Diharap agar semua usaha yang ditumpukan khas kepada persediaan pelajar teutamanya pada 3 kelas malam terakhir akan membuahkan hasil..
Untuk Kimia SPM 2010, saya telah pun membuat satu set Tips Soalan Spot yang bakal keluar dan syukur kepada Tuhan... Semuanya keluar seperti yang diharapkan kecuali tiga tajuk iaitu Rusting, U-tube dan Heat of Combustion. Bagaimanapun, tidak ada sebarang kejutan diharapkan daripada para pelajar kerana saya sedar dan faham akan kemampuan mereka. Cuma jangan terlalu banyak gagal... Sakit kepala geng... Betul-betul sakit kepala...
Berikut disenaraikan tips yang telah diberikan kepada pelajar sebelum exam dan yang keluar masa exam (Atas permintaan pelajar 5 PKM).
KERTAS 2
Bahagian A
1. Structure Of Atoms (Interconversion State / Napthalene)
2. Electrochemistry (Electrolysis/Voltaic cell)
3. Salt analysis (Flow chart)
4. Titration Acid Base
5. Redoks (U tube)
6. Manufactured Substances in Industries & Chemicals For Consumer - Food Additives / Medicine / Soap & Detergent
7. Empirical Formula
Bahagian B & C
1. Heat of Neutralisation / Combustion - Calculations & experiment
2. Periodic table / Chemical Bonds
3. Carbon compounds - Calculations
4. Rate of reactions - Calculations / Graph / Comparing rate
5. Salts - tests
KERTAS 3
1. Group 1 (Oxygen / Water)
2. Rusting
3. Heat of neutralisation (Weak acid - Strong acid)
4. Rate of reaction - Catalyst / Temperature
Semua tips soalan spot ini dibuat berdasarkan kepada semua set trial SPM yang saya ada termasuk soalan Trial MARA dan SBP yang banyak memberikan ilham. Lebih 80% target keluar tetapi hanya 60% sahaja yang dapat dilatih selama 3 kelas malam terakhir itu.. yang lain terpaksa diaorang buat sendiri.. Yang kurang sedapnya, hanya mereka yang hadir dalam kelas terakhir itu sahaja yang sempat mendapat tips ini. Harap-harap mereka ada menyebarkan kepada rakan pelajar SM Teknik Tawau yang mengambil matapelajaran Kimia...
Bagi saya, secara puratanya set soalan SPM kali ini agak sederhana. Kertas 2 & 3 nampak mudah tetapi Kertas 1 agak susah dengan 12 soalan pengiraan dengan 50% soalan pada aras kefahaman.
Kalau gred lulus untuk Kimia naik pada tahun ni apa boleh buat... Memang soalannya agak senang... Nasib la ya...
Apapun, kertas Kimia SPM 2010 sudah berlalu... Apa yang sudah berlaku tetap berlaku... Kini hanya tinggal menunggu keputusan... Untuk semua calon SPM 2010, semoga anda akan beroleh kecemerlangan dalam semua matapelajaran dan mengorak masa depan anda dengan lebih bersemangat... Tahniah dan selamat maju jaya!!!
Cek jawapan Kimia SPM 2010 Kertas 1 di sini: Skema Jawapan Kimia Kertas 1 SPM 2010
CATATAN: Tidak berharap sangat tetapi cukuplah kalau bilangan gagal berkurangan...
In : Chemistry Subject
Tags: "kimia spm 2010"
blog comments powered by Disqus