MAJLIS SAMBUTAN HARI JADI SM TEKNIK TAWAU KE-29


Encik Asmuran Asnawi, Timbalan Pengerusi Alumni SM Teknik Tawau sesi 2009/2011

Majlis yang bermula pada jam 7.00 pagi ini menampilkan Timbalan Pengerusi Alumni SM Teknik Tawau, Encik Asmuran Asnawi sebagai perasmi, mewakili pengerusinya. Ucapannya yang banyak menyorot kembali pengalaman beliau berada di SM Teknik Tawau (semasa itu masih SM Vokasional Tawau) membuatkan para guru dan pelajar ketawa dan pastinya, semua yang cuba diimbas kembali merupakan antara kenangan paling manis buat beliau dan rakan-rakan guru yang bersama beliau semasa itu.


Barisan pentadbir sekolah yang tekun mendengar kisah-kisah lama dari Encik Asmuran...

Antara acara menarik dalam Majlis Sambutan Harijadi ini ialah persembahan Nasyid dan pemotongan kek harijadi. Kumpulan Nasyid SM Teknik Tawau iaitu Kumpulan NURANI yang mendapat tempat ke-2 dalam Festival Kesenian Islam baru-baru ini memberikan persembahan yang mantap dan mendapat perhatian daripada hadirin dalam Dewan Tun Ahmadsah.


Pasukan Nasyid Sekolah, Kumpulan NURANI berjaya menghiburkan semua hadirin dalam majlis ini...

Selepas persembahan dari Kumpulan NURANI, satu anugerah khas dari STUDENT VOICE COUNCIL (SVC) disampaikan oleh pengetua. Guru yang mendapat anugerah ini ialah Cikgu Talip Maming yang telah bertugas di SM Teknik Tawau sejak 1986 sebelum berpindah ke beberapa sekolah lain dan kembali semula ke SM Teknik Tawau pada tahun 2000. Anugerah Khas ini adalah untuk memperingati segala jasa dan bakti beliau sepanjang berada di SM Teknik Tawau.... Tahniah Cikgu Talip!!!


Encik Talip Maming (kanan), penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Sambutan Hari Jadi Sekolah Kali ini...

Kemudian acara diteruskan dengan Nyanyian Lagu Sekolah dan Acara Pemotongan Kek. Kek 5 kg yang dibuat khas oleh Bengkel Bakeri dan Konfeksionari ini dihiasi dengan warna logo sekolah iaitu warna biru, putih dan kuning... Terima kasih kepada Bengkel Bakeri dan Konfeksionari...


Pengetua SM Teknik Tawau, Encik Johan Okasa mengetuai acara pemotongan kek bersama-sama tetamu jemputan dan barisan pentadbir..


Inilah kek hari jadi buat meraikan SM Teknik Tawau yang sudah berusia 29 tahun....


SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU TINGKATAN 4



Puan Norhayati Binti Budin, penceramah jemputan dari SMK Jalan Apas

Program ini bermula pada jam 9:15 pagi, sejurus selepas Majlis Sambutan Harijadi Sekolah. Seminar yang mengambil tempat di Dewan Tun Ahamadsah ini menampilkan Puan Norhayati Budin sebagai penceramah jemputan untuk Teknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 & Kertas 2.


Puan Christine Tee, penceramah untuk Bahagian KOMSAS dalam seminar ini..

Selepas Puan Norhayati, Puan Christine mengambil tempat untuk mengaplikasikan semua pengetahuan yang telah diperolehi oleh pelajar dalam ceramah sebelumnya untuk Bahagian KOMSAS untuk Kertas 2.


Encik Ishak Japar, selaku penggulung dan Motivasi Pelajar dalam seminar ini...

Dan selepas itu, Encik Ishak Japar mengambil tempat untuk pengulungan keseluruhan dan memberikan motivasi kepada pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM pada tahun hadapan.


Ini pelajar-pelajar Tingkatan 4 SM Teknik Tawau yang kelihat seronok sepanjang program berlangsung...


PROGRAM MATEMATIK: Where Am I?



Cikgu Rosli dalam perjalanan menuju ke kelas 5 BB bagi program Where Am I..

Program Matematik yang dibuat sejak 2007 ini bertujuan untuk mengenalpasti kelemahan serta kedudukan pelajar pada masa ini. Semua guru matematik terlibat dalam program ini kecuali dua orang iaitu Cikgu Naizuwan Ramli dan Cikgu Heah Chee Seng yang menghadiri Skema Pemarkahan Matematik di SM Holy Trinity pada hari yang sama.


Pelajar dibawah jagaan Cikgu Rosli Lipen pada hari tersebut...

Semoga program ini berjaya mencapai objektif yang telah digariskan.... Tahniah kepada Panitia Matematik yang berjaya mejayakan program ini...


CERAMAH DEMI MASA OLEH USTAZ CECEP


Cikgu Mohd Siri nampaknya sangat tertarik dengan ceramah dari Ustaz Cecep ini...

Ceramah daripada Ustaz Cecep ini banyak menjurus kepada kesedaran tentang penggunaan masa dan bagaimana untuk menguruskannya dengan baik. Beliau yang pandai menyelitkan unsur jenaka dalam ceramahnya menyebabkan masa sejam yang diambil oleh beliau seperti hanya 1/2 jam... Apa pun.. Terima kasih atas ceramah yang bagi saya agak banyak membuka minda dan memberikan sedikit sebanyak idea untuk pengurusan masa yang lebih baik...

Harapan agar mereka yang masih tertutup mindanya... Membuka minda mereka untuk meneroka sesuatu yang baru supaya mutu dan kualiti kerja yang ditunjukkkan semakin meningkat...


Ustaz Cecep bersama pengetua, Encik Johan Okasa dan Encik Fadillah...

Sememangnya ceramah seperti ini diperlukan untuk memberikan motivasi kepada guru-guru yang mungkin bosan dengan rutin harian mereka... Siapa tahu...


TAKLIMAT E-FILING DAN PEMBAYARAN CUKAI PENDAPATAN


Laman web LHDN Malaysia untuk pengisian e-filing

Program terakhir bagi guru-guru pada 24/04/2010 ialah Taklimat E-Filing dan Pembayaran Cukai Pendapatan yang berlangsung sekitar jam 11:30 pagi sehingga jam 1:30 petang. Taklimat ini disampaikan oleh pegawai LHDN Cawangan Tawau iaitu Encik Sambang Anak Gambang. Beliau yang sudah berkhidmat selama 20 tahun berasal dari Sarawak dan telah berkhidmat di Tawau selama 4 tahun.


Inilah Encik Sambang Anak Gambang

Taklimat yang diberikan cukup terperinci dan pertanyaan demi pertanyaan diberikan oleh guru-guru dan semuanya dapat dijawab oleh pegawai ini dengan bantuan rakan sekerjanya yang turut datang bersama. Beberapa orang guru berjaya mengisi e-filing mereka dan melakukan pembayaran. Terima kasih kepada LHDN dan teruskan perkhidmatan cemerlang untuk rakyat Malaysia...


Dari Kiri: Cikgu Merlinda, Cikgu Suhaila dan Cikgu Hartini yang kelihatan sangat gembira dengan taklimat e-filing ini...

CATATAN: Memang penat ini hari... Terkejar ke sana kemari... Fuhh!!!