Kem 1 Pengakap 1 Malaysia (29/07 - 02/08/2010)
Posted by pahaikan on Sunday, August 8, 2010 Under: Unit Beruniform

Duduk tinggi di menara pintu gerbang UMAS Scout... Tengok apa tu??
Kem 1 Pengakap 1 Malaysia yang telah berlangsung selama 5 hari 4 malam di Kem Kemahiran Pengakap, Tiku telah berakhir pada 02/08/2010 yang lalu. Saya difahamkan bahawa program perkhemahan ini turut meraikan Ulang Tahun ke-80, Pengakap Malaysia Cawangan Sabah.

Banner Kem 1 Pengakap 1 Malaysia 2010

Papan tandatangan untuk Kem 1 Pengakap 1 Malaysia

Banner Kumpulan Pengakap Udara...
Antaranya ialah penubuhan Kumpulan Pengakap Udara yang Pertama di Sabah. Majlis Perasmian penubuhan Kumpulan Pengakap Udara ini telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah iaitu Datuk Haji Awang Zaini Bin Haji Suntim pada 31/07/2010. Saya tidak pasti pusatnya dimana tetapi besar kemungkinan di Daerah Tawau.
Saya turut dimaklumkan bahawa hampir 1000 orang menghadiri perkhemahan ini dibawah 28 kontinjen dari pelbagai daerah di Sabah dan juga dari Indonesia.

28 kontinjen yang tersenarai dalam papan kenyataan di tempat urusetia perkhemahan...

Pemandangan kawasan perkhemahan...

Kontinjen dari Daerah Tungku.... Rupanya ada 2 orang bekas pelajar SM Teknik Tawau (2007) dalam kontinjen ini...

Kontinjen dari SM Holy Trinity, Tawau

Kontinjen dari Daerah Kunak

Kontinjen dari SM Konven ST Ursula

Kontinjen Daerah Telupid

Kontinjen dari SMK Bugaya, Semporna

Kontinjen SMK Jambatan Putih

Kontinjen Nunukan

Kontinjen dari Pulau Sebatik

Sungai yang banyak berbakti semasa perkhemahan ini berlangsung...

Bersukaria nampaknya budak-budak ni dalam air...

Pintu Gerbang yang memenangi tempat pertama dalam perkhemahan ini...

Mini Gadget hasil tangan pelajar untuk pertandingan ini...

Penyertaan untuk Isyarat Alam (Sudah masuk tong sampah pula ni...)

Antara hadiah berupa hamper yang disediakan untuk para pemenang...
Antara pertandingan yang yang turut disertai oleh Kontinjen SM Teknik Tawau ialah melukis poster, ikatan, malam kebudayaan, bola sepak menggunakan kain, bola tampar dan Dart Tag... Namun semuanya tidak mendapat tempat...

Ahli kumpulan pengakap P-12 sedang melukis poster dihadapan khemah mereka...

Peserta dari SMK Kuhara sedang melukis poster dibawah jagaan guru pengiring mereka, Cikgu Irwan Sagap

Penyertaan untuk Pertandingan Ikatan...

Bermain bola dengan menggunakan kain

Permainan Dart Tag yang turut memeriahkan perkhemahan ini...

CATATAN: Hujan kuat dua hari.... Pasir Putih banjir pula...
In : Unit Beruniform
Tags: hari ulang tahun pengakap sabah ke 80
blog comments powered by Disqus